Nasi Goreng Cina


Bahan-bahan:

  • 3 cawan nasi putih
  • 2 biji telur
  • Sayur campur
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Cili padi.
Cara membuatnya:
  • Tumis bawang besar dan bawang putih.
  • Masukkan sos tiram dan cili padi.
  • Masukkan sayur campur. Kacau sehingga sayur menjadi lembut.
  • Taburkan garam.
  • Masukkan telur dan gaul lagi.
  • Akhir sekali masukkan nasi putih. Siap.
Credit to : Mama_Nayli@myresepi

Tom Yam Campur

Bahan-bahan:

  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 labu bawang besar
  • 3 batang serai (diketuk)
  • 1 batang sederi (dipotong serong)
  • Bunga kubis
  • Lobak merah
  • Daun sup
  • Daun ketumbar
  • Limau kasturi
  • 1 pati ayam
  • Daging, ayam, udang dan sotong
  • Garam
  • Serbuk perisa
  • 2 kiub tomyam knorr
  • 5 tangkai cili padi
  • Daun limau purut
Cara membuatnya:
  • Tumis bawang putih, bawang besar, serai dan daun sup hingga naik bau.
  • Masukkan ayam dan daging. Goreng sebentar.
  • Masukkan air, pati ayam maggi dan kiub tomyam.
  • Kemudian masukkan lobak merah, bunga kubis dan batang saderi.
  • Masukkan sotong dan udang.
  • Akhir sekali masukkan daun limau purut, cili padi, garam dan serbuk perisa.
  • Perah asam limau sebelum dihidang.
Credit to: Mesra.net

Sotong Goreng Tepung


Bahan-bahan:
  • 300 gram sotong
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1sudu kecil baking powder
  • Sebiji telur
  • Garam
  • Lada sulah
Cara membuatnya:
  • Potong sotong secara bulat dan bersihkannya.
  • Gaul sotong dengan garam dan ada sulah. Ketepikan.
  • Gaulkan tepung dan baking powder.
  • Celupkan sotong tadi ke dalam telur yang telah dipukul dan kemudian golek di atas tepung.
  • Goreng sehingga masak.
Tips: Jika nak pedas, boleh tambahkan serbuk kari.

Tauhu Sumbat



Bahan-bahan:
  • 10 biji tauhu ( dibelah dua dan dibuang isi dalam)
  • 1 kg ikan kembung
  • Lada hitam ( ditumbuk)
  • Bawang besar dan bawang putih (ditumbuk)
  • Serai (dihiris nipis-nipis)
  • Garam secukup rasa
  • Sebiji telur
Cara membuatnya:
  • Asingkan isi ikan dari tulangnya. Kemudian kisar.
  • Campurkan isi ikan yang dikisar tadi dengan bawang dan gaul.
  • Masukkan lada hitam, serai dan garam.
  • Akhir sekali masukkan bahan-bahan tersebut ke dalam kulit tauhu tadi.
  • Goreng sehingga garing.
  • Siap untuk dihidang.
*Resepi sendirian berhad :)

Sausage Mayo & Black Pepper



Bahan-bahan:
  • 1 bungkus Ayamas Koktel Sosej Ayam Berkeju
  • Air secukupnya untuk merebus
  • Mayonis
Bahan A:-
  • 3 1/2 sudu besar sos lada hitam
  • 3 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos pedas berkicap Agro Mas
  • secubit garam
  • Sedikit air.
Cara membuatnya:
  • Rebus sosej bersama air sehingga masak.
  • Angkat dan toskan.
  • Potong sosej kepada bahagian2 kecil dan ketepikan.
  • Masakkan bahan A sehingga mendidih dan masukkan sosej.
  • Gaul hingga rata.
  • Picitkan mayonis di atas hidangan sosej.
Credit to:Diana

Moist Chocolate Cake

Bahan-bahan:


Bahan A:-
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan gula halus
  • 4 biji telur
  • 250 gram butter
  • 2 sudu kecil esen vanilla

Bahan B:
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 cawan air panas
  • 1/2 cawan susu cair

Topping
  • 150 gram gula caster
  • 50 gram serbuk koko
  • 50 gram tepung jagung
  • 100 ml air
  • 200 ml susu cair
* Masak semua bahan. Kacau hingga pekat.

Credit to: My kazen (topping dia agak mudah berbanding topping kek coklat asal)

Cara membuatnya:
  • Campurkan semua bahan B dan kacau di atas api perlahan. Sejukkan. Masukkan susu cair.
  • Pukul butter dan gula hingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanilla.
  • Ayak tepung gandum dan baking powder.
  • Masukkan tepung berselang seli dengan pes coklat dan kacau rata.
  • Bakar pada suhu 180 darjah selama sejam.
  • Sejuk dan tuangkan topping di atas kek. Hiaskan.
Credit to: Kak Izan@my resepi

Bergedil



Bahan-bahan:-
  • 1 kilo kentang (dibuang kulitnya)
  • 300 gram daging cincang
  • 2 biji telur ( asingkan putih dan kuningnya)
  • Bawang goreng
  • Daun sup
  • 2 ulas bawang putih
  • Serbuk lada putih
  • Garam secukup rasa
Cara membuatnya:
  • Panaskan kuali. Goreng kentang yang telah dipotong bulat. Angkat dan toskan. Kemudian ditumbuk lembut.
  • Tumis bawang putih. Masukkan garam dan serbuk lada putih. Masukkan daging.
  • Campurkan daging bersama adunan kentang tadi dan gaul.
  • Campurkan sekali awang goreng, daun sup dan juga telur.
  • Bentukkan bulat dan bolehla digoreng.
Tips: Untuk elakkan bergedil dr pecah, jangan dibalik2 kan bergedil semasa goreng sehingga ia betul-betul garing.

Credit to: Diana@myresepi.com