Bergedil



Bahan-bahan:-
  • 1 kilo kentang (dibuang kulitnya)
  • 300 gram daging cincang
  • 2 biji telur ( asingkan putih dan kuningnya)
  • Bawang goreng
  • Daun sup
  • 2 ulas bawang putih
  • Serbuk lada putih
  • Garam secukup rasa
Cara membuatnya:
  • Panaskan kuali. Goreng kentang yang telah dipotong bulat. Angkat dan toskan. Kemudian ditumbuk lembut.
  • Tumis bawang putih. Masukkan garam dan serbuk lada putih. Masukkan daging.
  • Campurkan daging bersama adunan kentang tadi dan gaul.
  • Campurkan sekali awang goreng, daun sup dan juga telur.
  • Bentukkan bulat dan bolehla digoreng.
Tips: Untuk elakkan bergedil dr pecah, jangan dibalik2 kan bergedil semasa goreng sehingga ia betul-betul garing.

Credit to: Diana@myresepi.com

1 comment: